fbpx

Level 1 – Sangat Kritikal

Anda mesti membuat keputusan untuk pastikan anda boleh teruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi hari ini yang mencabar. Anda baru nak berjinak dengan bisnes dan mungkin sudah pun memulakan perniagaan sebagai seorang pengasas produk sendiri ataupun dropship, ejen, stokis kepada produk orang lain. 

Antara isu yang mungkin anda hadapi sekarang adalah:

  1. Ingin mulakan bisnes tetapi masih lagi STUCK kerana tiada modal yang besar.  
  2. Anda tidak jelas dengan produk atau perkhidmatan apa yang anda ingin pasarkan. 
  3. Anda rasa perjalanan bisnes adalah perlahan kerana anda terlalu fokus dengan permasalahan berbanding penyelesaian
  4. Anda tidak konsisten dengan apa yang anda telah rancangkan. Mudah terikut dengan trend di pasaran sehinggakan bisnes sedia ada “LUMPUH” 
  5. Anda menggunakan ilmu pemasaran yang salah dan mungkin tidak bersesuaian dengan bisnes anda. 

Jika diteruskan begini, bisnes yang anda baru bina ini mungkin terkubur sebelum capai kematangan. Jangan risau, kami tahu anda sedang gusar dan risau dengan permasalahan memulakan bisnes yang sedang anda hadapi itu. Kami di RichWorks sentiasa membantu dan membimbing anda untuk terus cipta kejayaan dengan lebih banyak lagi.