fbpx

Level 2 – Sakit

Kami pasti ada di antara anda yang bengang dengan bisnes anda. Bengang kerana bisnes yang anda jalankan tidak mengikut apa yang anda rancangkan, sehinggakan ada yang terpaksa menutup operasi bisnes kerana GAGAL kekal relevan dalam pasaran.

Antara isu yang mungkin anda hadapi sekarang adalah:

  1. Produk yang tidak tepat untuk pasaran anda. Anda tiada formula & teknik yang khusus mengenai pemilihan produk.
  2. Bisnes anda berkembang dengan “lembab”. Anda sudah mengetahui flow bisnes yang patut anda ikuti untuk mempertingkatkan perkembangan bisnes anda tetapi menghadapi masalah dari segi kewangan.
  3. Anda terlalu cepat mengambil pekerja baru tetapi anda tidak memikirkan kewangan untuk membayar pekerja tersebut. Akibatnya pekerja anda “LARI” kerana tidak mendapat gaji yang konsisten. 
  4. Anda dah penat melaburkan sejumlah wang dalam Facebook Ads, boost sana sini tapi hasilnya langsung tak memberangsangkan. Duit keluar macam air tapi hasil langsung tak nampak.

Hakikatnya, pelaburan yang paling utama dalam bisnes adalah pelaburan ilmu. Setiap tindakan yang anda ambil dalam bisnes ada risiko masing-masing. Pastikan tindakan yang anda ambil itu berpandukan ilmu yang terbukti berkesan.