fbpx

Level 4 – Selesa

Anda sudah mempunyai pengalaman dan struktur bisnes yang kukuh namun masih ada ruang untuk anda perbaiki untuk kukuhkan lagi bisnes anda dari segi team, leadership dan kewangan.

Antara isu yang mungkin anda hadapi sekarang adalah:

  1. Pengambilan Team. Anda telah mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan team yang ramai. Tetapi bila team terlalu ramai anda sukar untuk mengawal mereka secara keseluruhan. Anda tidak tahu bagaimana cara menguruskan team dengan lebih efektif. 
  2. Tidak jelas dengan hala tuju sebenar bisnes. Anda telah berniaga bertahun-tahun dan capai jualan dan saiz organisasi yang membanggakan, tetapi anda tidak tahu apakah hala tuju seterusnya untuk pastikan bisnes anda kekal relevan dan tidak pupus seperti dinosaur.
  3. Pengurusan kewangan. Penting untuk anda kawal cashflow dalam bisnes dengan lebih sistematik supaya anda ada ruang untuk kembangkan model bisnes anda dan tembusi segmen pasaran yang berbeza.
  4. Fokus anda tidak tetap, sentiasa ingin mencuba perkara baru sehinggakan usaha sedia ada anda terganggu.

Jika anda teruskan dengan keadaan selesa ini, mungkin bisnes anda akan kekal pada tahap yang sama tanpa sebarang peningkatan. Cabaran keadaan ekonomi yang semakin meningkat boleh membunuh bisnes anda jika tidak ditangani.

Mungkin ada di antara anda yang bisnes sekarang merupakan bisnes turun temurun, yang diwarisi dari ibu bapa. Mampukah anda melihat bisnes yang telah dibina oleh ibu bapa anda terkubur begitu sahaja?

Jangan bimbang, kami di RichWorks sentiasa bersedia membantu anda sebagai seorang usahawan untuk membina bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.

Sila temui team RichWorks di kaunter Zon D untuk penerangan lanjut dan tebus hadiah anda.