26 – 28 MAC 2021

VIRTUAL ONLINE

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Ramai Orang Gagal Bukan Kerana Tidak Ada Ilmu Tetapi Ramai Orang Gagal Bertindak Atau Berusaha Secara Maksima Dan KONSISTEN. Tindakan anda hari ini menentukan perubahan hidup anda!

– Datuk Wira Dr Azizan Osman –

Apa Itu Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)?

Program Intensif 3 hari  bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. RichWorks dah berjaya bantu lebih 400 ribu peserta walaupun dalam tempoh PKP untuk terus survive!

Di saat ramai orang dibuang kerja dan tak tahu ke mana nak tuju… di saat ramai usahawan lemas dengan cabaran yang tak dijangka pada tahun 2020…

RichWorks tanpa henti membantu usahawan dan bakal usahawan untuk keluar dari kepompong ketakutan.

Ramai orang nak ubah hidup. Tapi tak ramai yang tahu macam mana nak ubah.. Apa yang anda fikir bila sebut kaya dan berjaya? Di Nak Ubah Hidup (NUH) anda akan ketahui tujuan sebenar kenapa anda perlu ubah hidup. 

Perubahan perlukan tindakan, tindakan perlukan ILMU, baru-baru ini lebih 48 usahawan Jutawan RichWorks yang lahir dalam tempoh PKP kongsikan kisah bagaimana mereka capai 1 juta pertama walaupun dalam waktu PKP! Real People, Real Business, Real Results.

Apa yang anda sepatutnya lakukan untuk mendapatkannya? Bagaimana untuk ubah hidup.

Anda akan belajar dan faham, pentingnya untuk membina kebebasan masa, kebebasan kewangan, kebebasan membuat pilihan, memberi nilai kepada orang lain, membina kekayaan dan persediaan  dunia dan akhirat.

Kesilapan ramai orang ialah mengejar kekayaan dan kejayaan tanpa pemahaman yang betul. Semua ini akan dapat dikongsikan di Nak Ubah Hidup (NUH).

10 Salah Faham Tentang Kejayaan dan Kekayaan:

1. Sibuk

Terlalu sibuk, tapi masih berada di level sama. Sibuk tak bermaksud anda produktif. Sibuk, belum tentu dapat hasil.

2. Masa

Tidak gunakan aset masa dengan baik. Masa sangat singkat. Tidak hargai masa.  Capai matlamat dalam masa singkat.

3. Ada Guru Belum Tentu Berjaya

Perlukan tindakan dan usaha yang luar biasa.

4. Cinta

Cinta tapi tipu. Cuma cakap, tapi tak sanggup berkorban untuk cinta. Tak betul-betul komited.Begitu juga dengan bisnes. Cuma cakap anda suka bisnes, tapi anda tidak komited.

5. Hidup

Hidup sekadar hidup, tidak ada maksud. Sumbang manfaat untuk orang lain.

6. Takdir

Salahkan takdir dan tuhan. Kata-kata dan tindakan anda menjadi takdir anda. Keputusan, tindakan dan komited anda hari ini ubah apa yang akan dicapai esok.

7. Yakin

Tidak ada keyakinan untuk capai sesuatu. 

4 Cara Bina Keyakinan:

  • Ada keinginan nak bina keyakinan.
  • Pilih circle / individu yang betul untuk bantu bina keyakinan.
  • Keyakinan akan meningkat dengan ilmu. 
  • Result. Fokus pada mereka yang focus dan dah ada hasil.
8. Tidak “hunger & thirst” untuk Berjaya

Untuk kejayaan, impian, transformasi atau peluang.

9. Rezeki

Rezeki memang tidak salah alamat, tapi tidak semestinya rezeki akan datang ke alamat anda.

10. Tindakan

Ramai suka bertangguh. Suka tunggu dulu. Suka beri alasan. Mulakan dengan tindakan yang tepat.

adiwira_ao

APA YANG AKAN DIPELAJARI DI NAK UBAH HIDUP?

Mendalami Matlamat

Bagaimana untuk mendalami lebih jelas dengan matlamat anda serta berani untuk mencapainya.

Mengenali Ketakutan

Bagaimana untuk mengenali “Ketakutan” anda serta ramai manusia lain yang mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda.

Mendalami Hidup

Bagaimana untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.

Kenali Potensi Diri

Bagaimana untuk memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.

Memahami Konsep 5K

Memahami Konsep 5K (Kebahagian, Keberkatan, Kesihatan, Kekayaan dan Kejayaan).

Kuasai 7 Aspek Kejayaan Hidup

Bagaimana menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera.

Apa yang anda akan dapat setelah mendaftar?

Tiket 1+2 & Akses ke Seminar Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup 3 Hari (26-28 Mac 2021)

1 e-Book Bina Bisnes Berjaya

Akses ke Komuniti Facebook Group Bina Bisnes Berjaya

APA KATA PESERTA NUH

Nur Amalina, Pengasas KrukrapMy

“Mula menyertai program RichWorks iaitu Nak Ubah Hidup (NUH) pada tahun 2019 menjadi turning point beliau nekad Bina Bisnes Berjaya.”

Siti Khadijah, Pemilik Kaifiyah

“Mula serius dalam bisnes selepas menyertai Nak Ubah Hidup (NUH)”

Kalai Vanni, Pemilik LoveMe International Sdn Bhd

“Bermula dengan hanya menonton video Datuk Wira Dr Azizan Osman secara percuma di Facebook. Nekad jejak kaki ke program Nak Ubah Hidup (NUH) kerana komited untuk tidak tersalah MenThor lagi.”

MEDIA

PROFILE SPEAKER

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 1.1 Juta peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Pengasas dan Pengerusi, RichWorks International

26 – 28 MAC 2021

VIRTUAL ONLINE

FAQ

Apakah saya akan dapat apabila saya mendaftar ke Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup?

Anda akan dapat akses ke Program Bina Bisnes Berjaya selama 2 hari pada 13 – 14 Mac 2021 sebagai persediaan anda.

Anda akan dapat 3 tiket akses ke Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya selama 3 hari  pada 26 – 28 Mac 2021.

Bagaimana saya nak menghadiri program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup?

Program akan berlangsung secara Virtual Online.

 Kami akan menggunakan platform ZOOM sebagai medium untuk menyampaikan ilmu kepada anda.

Bagaimana saya nak tahu status pendaftaran saya telah berjaya?

Anda akan dibawa ke thank you page untuk melakukan langkah pertama anda dengan melakukan self check in untuk mendapatkan link ZOOM unik anda.

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan ZOOM link untuk program tersebut?

Anda perlu melakukan self check in selepas pendaftaran anda telah dilakukan. Link ZOOM akan dihantar ke email anda.

Bagaimana saya nak masuk ke ZOOM?

Anda perlu menggunakan link ZOOM yang telah dihantar ke email anda selepas anda melakukan self check in.

Macam mana kalau saya nak tambah lagi 2 peserta?

Link untuk tambah peserta akan dihantar ke email anda dalam masa terdekat.

Jadi anda perlu semak anda dari semasa ke semasa. 

Pejabat urusan

RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.

(+60) 19 244 2244

info@richworks.com

DISCLAIMER: The RichWorks’ Training Program is designed to guide the Client to learn how to consistently achieve results and make purposeful choices. Although good faith efforts have been taken to preserve Client confidentiality, RichWorks makes no guarantees in this regard or to information communicated by and between Clients in this program. The success of the Clients are also the result of several factors inclusive of personal motivation and intentions, attitudes, knowledge, perseverance, hard work and determination.

PENAFIAN: Program Latihan RichWorks direka untuk membimbing Klien untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan secara konsisten dan membuat pilihan yang sesuai. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, RichWorks tidak memberikan jaminan dalam hal ini atau untuk maklumat yang dikomunikasikan oleh dan antara Klien dalam program ini. Kejayaan Klien juga merupakan hasil daripada beberapa faktor termasuk motivasi dan niat peribadi, sikap, pengetahuan, ketekunan, kerja keras dan tekad.

Hakcipta Terpelihara © 2021 |Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | Privacy policy | SST No : B16-1902-32000193